AKTIVITI TANGGUNGJAWAB SOSIAL

Alhamdulillah, menjelang tahun ke 6 yakni setelah 5 tahun mengurus selia program After School program di ABIM, pihak kami diberi kepercayaan utk menyemai semangat cintakan budaya bangsa sekaligus menyokong aktiviti membangunkan ekonomi komuniti setempat

Seramai 4 orang Jurulatih bakal menerima elaun bulanan sebagai tanda menghargai usaha menyemai usaha ini .. Disini, pihak kami amat menghargai dan ingin mengucapkan ribuan Terima kasih buat Akademi Generasi Mukmin Eduzone kerana menerima baik cadangan berkolaborasi khususnya menambah baik kemahiran amnya sosial, khususnya keusahawan dari kalangan Jurulatih Silat ..

Alhamdulillah, walaupun bilangan Jurulatih yg terlibat masih belum mencapai angka sasaran yakni 10 orang .. syukur ke hadrat ilahi .. 2015, ia bermula dengan mandat untuk menunaikan kata-kata Guru ., ia bermula dengan angka 1 kini ia telah mencapai 7 orang .. subhanallah tabarakallah , La Haula Wala Quwwata illa billah

Sollu Alan Nabiy ..

Asasnya , Klinik Zakat menyokong aktiviti pemerkasaan jaringan mentor - mentee yakni antara usahawan & jurulatih silat dalam membina kemahiran sosial, aktiviti pelestarian ekonomi setempat bersumberkan kemahiran & bakat yakni secara berstruktur atas izin Allah . Sepertimana komuniti ABIM, Sg Ramal , kini komuniti AGME, Bukit Beruntung bakal turut menikmati aktiviti berterusan ini

Klinik Zakat bukanlah program pengagihan, tetapi ia program kesedaran .. Ia unik malah diselaraskan utk pertumbuhan & pembangunan perusahaan serta melengkapi proses penstrukturan bahkan transformasi perusahaan . Sebagai kesimpulan, ia menyemai keharmonian perhubungan terhadap perkara yang hak

Para jurulatih bakal didedahkan kepada kemahiran softskills, seperti memahami asas perakaunan, membuat keputusan, membina laporan impak tinggi serta kemahiran membina jaringan keusahawanan .. Doakan Moga Allah terus melindungi, membimbingi, merahmati serta memberkati atas segala yang telah dipermudahkanNya

#1000harimunajat #1000maknabaru #dwikualiti #klinikzakat