Belajar Berzakat Sambil Bermain

BELAJAR BERZAKAT SAMBIL BERMAIN

Syukur kepada Allah, kerana memberi ruang utk diperhalusi 30% baki perancangan yang ada.

Walhasil dari perincian itu, terhasil sebuah inovasi yang bakal dilancarkan serta diserapkan sebagai program berstruktur Disember kelak, di Bangi Avenue Convention Centre

Selain daripada itu, kajian terhadap perusahaan sosial juga turut diperhalusi dengan hujjah dalil mengenai pembahagian zakat sebagai impak kepada pelajar-pelajar dari pelbagai latar belakang.

Kaedah temu duga juga diperhalusi dengan lebih menumpukan kepada keberhasilan norma baru, nyata ia banyak memberi manfaat khususnya dalam membina perspektif serta persepsi pelajar-pelajar terhadap program.

Dari segi penyeliaan, ia akan mengajari mereka penguasaan serta kefahaman mengenai perkara yang dibincangkan berasaskan laras bahasa mengikut pelbagai bidang. Dan tidak menumpu kepada satu bidang sahaja.

Program inkubator ini, masih dalam kajian dan masih banyak yang perlu diperhalusi.

Sebagai pramula, saya sedang giat mencari lima (5) pelajar yg berminat menilai tahap psikologi cinta ilmu mereka.

#klinikzakat #khusyukzakat #eUsahawanPlus #superbteraju2020

Doakan Moga Allah terus membimbingi serta permudahkan segala urusan ya

Nota : jika jumpa saya, tegur "Fared, ajarkan saya cara baca laporan kewangan ya"