
#Assalamualaikum
.
Berapakah Tempoh masa, Kos Perbelanjaan dan Apakah agenda Utama Klinik Zakat ? Maklumat FAQ adalah seperti berikut:
.
.
=======
Ketetapan Masa
=======
.
Tempoh masa setiap sesi ialah 2 jam yakni sejam permainan yg menyamai tempoh masa haul setahun. Baki 1 jam adalah utk penjelasan sebelum permainan yakni Peraturan permainan dan perkongsian mengenai syarat-syarat wajib berzakat selepasnya. Maaf sesangat bab cukai, takaful, hibah dsb. Had ne saya serah kepada penganjur. Pihak saya hanya akan tumpu kepada menanam minat utk berzakat sahaja.
.
=====
Perbelanjaan
=====
.
Kos Perbelanjaan. Bagi jenama dan syarikat yg berhasrat utk menganjur. Memadai dgn pembelian minima sekotak Rookoon Game utk 3 hingga 8 peserta. Bagi 9 hingga 20 peserta memadai dengan pembelian minima 2 buah kotak Rookoon Game manakala utk 21 hingga 35 peserta, minima pembelian ialah 3 buah kotak Rookoon Game pada harga RM199.00 sekotak. Jimatkan? cuba bandingkan dgn kos module pembangunan karakter angkatan..
.
====
Agenda
====
.
Pembelian ini bukanlah utk dijadikan hadiah kepada pemenang. Ia adalah utk dijadikan modal ataupun pelaburan aktiviti berterusan dalaman syarikat. Kualiti ketahanan produk, ia boleh bertahan dan berlangsung 17 sesi (berasaskan rekod). Dan sy percaya ia mampu bertahan empat kali ganda dari angka tersebut jika digunakan dengan cermat.
.
Amnya harga istimewa hanya bagi rakan-rakan Design My Policy, Design My Talent & HR Personal Coaching anjuran DWI Kualiti . Program-program ini telah disusun atur utk memberi banyak kelebihan & manfaat kepada pendiri syarikat khususnya. Disinilah, kami bentuk perspektif dan persepsi yg lebih baik mengenai pembangunan jenama dan nilai syarikat sebenarnya.
.
Nota 1:
.
Setiap penganjuran sesi Klinik Zakat akan saya bekalkan demo set. Jika jumlah peserta melebihi 50 orang dan memerlukan trainers. Insyallah, trainers dengan tauliah dari pelbagai bidang sedia hadir menyantuni jangkaan & keperluan peserta. Namun keutamaan mereka ialah mengukuhkan keharmonian program. Dan bukannya utk menjual.
.
Nota 2:
.
Setiap penganjuran sebaiknya dengan papan putih, kerana proses berkongsi cerita akan melibatkan nota-nota berkaitan amalan berzakat. Tak lengkap tanpa touch point. Bagi 25 orang ke atas, mohon sediakan mikrofon. Ia jauh lebih efektif jika nilai mutu lontaran suara dijadikan keutamaan.
.
Nota 3 :
.
Pemenang akan menerima cenderahati tulisan Khat, Kufi Naisaburi. Ia eksklusif utk Pemenang sesi, maksima 3 terbaik. Alhamdulillah, merujuk dpd perbualan dengan pengarang tulisan, beliau belajar daripada dan melalui guru yg bersanad. Masyallah, bagi rakan-rakan yg sentiasa menghidupkan sunnah Rasulullah..ia sangat sesuai dipadankan dengan suasana British Colonial Residensi sebagai pembangkit semangat.
.
Nota 4 :
.
Penganjuran di luar lembah Klang, juga digalakkan. Insyallah dengan penyelarasan yg terperinci, dengan sokongan Pakar. Ia akan dapat dijayakan sekalipun ia di Pantai Timur, Selatan, Borneo dan Utara. Pembelian minima ialah 10 kotak sahaja. Pembelian itu termasuk dgn kos perjalanan dua hala tau. Tak yah nak tambah-tambah belanja, PKP kot. Berhemahlah ketika berbelanja. Belajarlah urus cash tau.
.
Nota 5 :
.
Sesuai utk peminat board game seperti Saidina, Monopoly, Cash Flow dan Catur Bistari utk mencubanya, ia memberi kepuasan serta perspektif baru mengenai gamifikasi. Ia juga bakal menjadi sahabat belajar mengenali amalan berzakat.
.
Nota 6 :
.
Rookoon telah disemak oleh Akademi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP bahkan telah diikhtiraf oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersilan, UUM sebagai Produk Inovasi. Fakta menarik, improvasi ini utk menyokong usaha MFPC, disokong oleh pihak MDN, PPIM & Mufti Wilayah Persekutuan. Dan sedang cuba mendapatkan sokongan dpd pihak INSKEN
.
Nota 7 :
.
Selain sebagai alat utk melakukan. Forensic Zakat, ia juga utk tackle loss interest in Zakat Planning. Dengan mengetahui, memahami dan penghayatan. Rookoon Game bakal menjadi penyelesai kepada isu boros, tidak celik berbelanja dan tidak cakna mengenai amalan berzakat.
.
Nota 8 :
.
Rookoon Game boleh dijadikan alat utk menguatkan ukhwah dan siratulrahim sesama peserta. Sepanjang tempoh masa main, akan wujud banyak peluang utk berinteraksi sekaligus peluang utk pulihkan motivasi bekerja dalam pasukan.
.
.
Terima kasih kerana mempertimbangkan cadangan serta pelawaan ini. Doakan Moga Allah Terus Melindungi, Membimbingi, merahmati serta permudahkan segala urusan ya.
.
.
'Dakwahku Bersamamu'
.