
Islam merupakan satu agama yang mengiktiraf martabat dan peranan akal dalam segenap aspek kehidupan. Dalam al-Quran al-Karim, terdapat banyak ayat yang menyeru manusia supaya berfikir dan menggunakan akal. Lafaz-lafaz seperti "tidakkah mereka berfikir", "tidakkah mereka merenung", "tidakkah mereka mentadabbur al-Quran" dan lain-lain.
.
Walaupun begitu, kedudukan akal dalam islam tidaklah mutlak kerana akal juga mempunyai kemampuan dan had tertentu sepertimana kemampuan mata, telinga yang juga mempunyai had masing-masing.
.
Kredit @pejabatmuftiwp , Himpunan Fatwa 1987-2019, ms148-149
.
#klinikzakat #khusyukzakat #1000harimunajat