
Assalamualaikum tuan/puan,
.
Nak tahu apa yang Lembaga Zakat Selangor (LZS) buat dengan duit zakat tuan/puan? Masih lagi sangsi dengan ketelusan dan ketulusan LZS dalam mengagihkan duit zakat? Tahu ke selain bantuan kepada fakir miskin, ada lagi bantuan lain yang LZS berikan yang tuan/puan tak pernah dengar? Boleh percaya ke dengan Ejen Perunding dan Penolong Amil LZS?
.
Khas untuk tuan/puan pembayar zakat yang kami hormati! Lembaga Zakat Selangor (LZS) berbesar hati ingin menjemput tuan/puan untuk menyertai Forum Bicara Zakat: Duit Zakat, LZS Buat Apa? sepertimana keterangan yang dinyatakan di poster. Forum ini akan merungkai persoalan-persoalan yang sering bermain di minda orang ramai tentang pengagihan wang zakat di LZS.
.
Berminat untuk sertai? Berikan nama tuan/puan kepada saya/kami selaku Ejen Perunding @ Penolong Amil Bertauliah yang dilantik oleh LZS. Forum akan dibuat menggunakan platform Google Meet. Link akan saya/kami berikan kemudian. Tempat adalah terhad. Terima kasih.