Handout - Booklet (klinik Zakat)

HANDOUT - BOOKLET (KLINIK ZAKAT)
Demi segala rahsia yang terkandung di bulan Rejab, Syaaban & Ramadhan
.
.
Di fasa awal bergerak sebagai Perunding, kami hanya tahu zakat sekadar kutip & agih . Bab agih kami tak perlu fikir ataupun pening sebab itu tanggungjawab Amil. Penolong Amil hanya perlu fokus bina sesuatu yang kreatif untuk bantu Amil kutip Zakat yakni memberi kesedaran & menambah nilai .. walhal dalam amalan berzakat terkandung suatu tanggungjawab yang amat besar iaitu memastikan putaran ekonomi antara Mustahik (penerima Zakat), Muzzaki (Pembayar Zakat) dan dikalangan ummah berlaku secara telus, saksama dan adil ..
.
Di kala masyarakat tidak lagi yakin , kecewa dengan sistem ekonomi semasa asbab Pandemic Covid-19, kami bangkit dengan idea-idea kolaborasi (Corporate Governance) bersama para usahawan yang mengutamakan visibiliti & kredibiliti sistem ekonomi Islam yakni kolaborasi bersama Autoriti Agensi (Pejabat Mufti, IPIS-LZS , AZKA-PPZ MAIWP), Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga nasihat pakar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi menyokong usaha Amil mengawal kestabilan ekonomi setempat melalui model ekonomi syariah Islam yang memenuhi kehendak syara'
.
Alhamdulillah, atas izin Allah .. module Klinik Zakat akan memperincikan perkara asas kepada isu-isu berkaitan displin (kepemimpinan), Corporate Governance bermula dengan komunikasi diikuti dengan Motivasi yang mana akan membincangkan pendapat para sarjana Islam , membandingkan serta mengukuhkan teori-teori terbukti memberi kesan positif kepada komuniti setempat yakni dengan model pertumbuhan N.I.A.T & Penyucian H. A. J. J agar para peserta cakna akan potensi instrumen zakat sebagai mekanisme pertumbuhan mikro dan makro sebuah perusahaan. Ianya adalah sebagai tools menyokong pendekatan wassatiyyah yakni mendekati golongan-golongan yang memerlukan bimbingan kepada agama yang hak diteladani dimana keperluan orang kaya, orang miskin dibela dan disantuni yakni dilaksanakan secara berstruktur yakni secara berhikmah.
.
.
Sollu Alan Nabiy, La Haula Wala Quwwata Illah Billahil Aliy Azim, La Illaha Illah Anta Subhana Inni Kuntu Minnaz Zalimin .. Doakan moga Allah terus melindungi, membimbingi, merahmati serta memberkati atas segala yang telah dipermudahkanNya ..
.
.
.
Selawat & Salam
.
.
Klinik Zakat by DWI Kualiti
www.dwikualiti.my
.
.
.
.
#leadershipskills #leadershipdevelopment #leadershipchallenge #hrmatters #zakat #humandevelopment #humancapital